Thursday 21 July 2011

KAU BUKAN AKU

kau pernah rasa dikhianati?
kau tahu macam mana rasa sakitnya?
seperti ditusuk sembilu..erk aku tipu,sebab aku tak tahu pun sembilu tu menatang apa..
tapi sumpah sakit gila,sehingga kau rasa jangan ada yg akan merasa sakitnya dikhianati..
kecewanya hanya tuhan yg tahu..
sakitnya hanya yg pernah merasa yg tahu..
tak tertanggung..
kau tak mampu utk buat apa2,
tiada teman utk bercerita,
yg kau mampu cuma menangis dan terus menangis mencari kekhilafan diri..
saat kau pandang wajah si comel,
makin berjujuran air mata kau..
mana silapnya?
apa sebabnya?

sejak bilakah semua ini bermula?
kau mula mencari kekurangan diri,
sedangkan kau rasa selama ini kau da mberi yg terbaik,
kau beri sepenuh kepercayaan,
kebebasan,
kau tak pernah curiga,kerana kau anggap dirinya seperti kau yg setia...
tapi kenapa ini semua terjadi?
ketika sicomel baru berusia sebulan,pada ulang tahun perkahwinan kau,
ketika kau masih lagi berpantang kerana bertarung nyawa lahirkan zuriat yg dia idam2kan..
hadiah apakah ini?
kau tiada jawapan....
saat kau mengetahui ni semua,
kau tidak langsung menangis dihadapan dia,
kau tersenyum,
kau redha,kau terima ni semua dgn pasrah..
tapi lumrah wanita,kau rasa rendah diri,kau menagis,
tiada tempat utk mngadu nasib,
didepannya kau tenang seolah2 tiada apa berlaku......
kau tak mampu lupakan apa yg berlaku,
tiap saat dalam fikiran,
lupa ketika kau tidur,tu pun kadang2 masuk dalam mimpi...
tertanya2 siapakah wanita itu?
adakah dia benar seorang wanita?
jika ia tidak faham kah dia hati wanita lain?
kau tiada jawapan........
tahukah kau sakitnya tidak tertanggung?
kau tidak pernah tahu,
kerana kau bukan aku.........


p/s : semoga kalian berbahagia hingga akhirnya,semoga kalian tidak akan merasa derita aku..
buat kau,aku bahagia andai kau bahagia walaupun aku menderita,cuma satu pintaku,andai kau tak bahagia jgn sesekali kau kembali padaku,kerana aku tak mahu rasa lagi sakitnya dikhianati.........

Monday 6 June 2011

Jika wanita mencintai mu...


Jika seorang wanita mencintai kamu,
kamu adalah suami..

Jika 10 wanita mencintai kamu,
kamu adalah playboy..

Jika 100 wanita mencintai kamu,
kamu adalah Hero..

Jika 1000 wanita mencintai kamu,
kamu adalah pemimpin..

Jika seluruh wanita di negara ini mencintai kamu,
maka kamu adalah ringgit malaysia..

Jika seluruh wanita di dunia mencintai kamu,
kamu adalah tuala wanita =)

Monday 30 May 2011

Surat Cinta Bahasa Inggeris Terbaik

Fatimah ingin memutuskan hubungan dengan kekasihnya bernama Robbie, seorang lelaki dari Amerika,akan tetapi dia tak sanggup untuk bertemu muka dengan kekasihnya itu.
Fatimah pun menulis surat dengan berbekalkan sedikit pengetahuannya dalam bahasa inggeris.

Berikut isi suratnya :


Hi Robbie, together this letter I want to give know you
(Hai Robbie,bersama surat ini saya ingin memberitahu kamu)

I want to cut connection we
(saya ingin memutuskan hubungan kita)

I have think thing this very cook cook
(saya telah memikirkan hal ini masak-masak)

I know my love only clap half hand
(saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan)

Correctly, I have see you go with a woman entertainment at town with my eyes head alone
(sebenarnya, saya telah melihat kamu pergi dengan seorang wanita penghibur di kota dengan mata kepala saya sendiri)

You always ask sorry back back river
(kamu selalu minta maaf berulang ulang kali)

You correct correct a man crocodile land
(kamu benar-benar seorang lelaki buaya darat)

Past, my friend speak you play fire
(dulu, teman saya bilang kamu bermain api)

Now I know you correct correct play fire
(sekarang saya tahu kamu benar benar bermain api)

So, I cut connection and pull body from love triangle this
(jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini)

I know result I pick this very correct, because you love she very big from me
(saya tahu keputusan yang saya ambil ini tepat, kerana kamu mencintai dia lebih besar dari saya)

But I still will not go far far from here
(namun saya tetap tidak akan pergi jauh-jauh dari sini)

I don’t want you play play with my liver
(saya tidak ingin kamu main-main dengan hati saya)

I have been crying night night until no more eye water thinking about your body
(saya menangis bermalam-malam sampai tidak ada lagi airmata memikirkan dirimu)

I don’t want to sick my liver for two river
(saya tidak mau sakit hati untuk kedua kalinya)

Safe walk, Robbie
(selamat jalan, Robbie)

Girl friend of your liver
(kekasih hatimu)
Fatimah Lion on the table
(Fatimah Singodimejo)

Note: this river I sorry you, next river I kill you !
(kali ini aku maafkan kamu, kali lain kubunuh kau !)


-ahaha..agak2 bf mat saleh dia faham tak ek?-  ^-^